Tag Archives: Kegagalan Cinta

Bila cinta tinggal sejarah

Bila cinta tidak kesampaian aku bermonolog sendiri dimana silapnya. Mereka mengatakan jagalah kecantikan mu tiada yang lebih berkesan mengikat kekasih selain kecantikan luaran. Di depan cermin aku cuba mencari di mana cacat celanya diri ini namun yang aku temui hanya kesempurnaan yang sejak dari mula aku pertahankan demi untuk dia. Mungkinkah kerana kesempurnaan ini aku sering ditinggalkan? Kata orang kita tidak akan mendapat semuanya dalam hidup ini. Akan ada satu perkara yang kita pasti tidak akan berjaya mendapatnya. Dan bagi aku itu adalah CINTA.