Segalanya TENTANG CINTA

Entries from Disember 2007

Koleksi Madah-Madah Cinta 3

Disember 23, 2007 · Tinggalkan Komen

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri. 

Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah… perasaanya sama seperti perasaan kita… ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan.  

CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja. 

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Kategori: Madah-madah Cinta
Tagged: ,

Rindu Rinduan Jadi Kenang Kenangan ~ SCOIN

Disember 15, 2007 · Tinggalkan Komen

Sakit hati ini
Bagai dihiris sembilu
Sesak nafas ini
Bila ku mendapat tahu
Kasih yang ku beri tak berharga

Sayang
Kau bermain dengan silang kata
Hingga aku
Benar-benar telah jatuh cinta

Sayang
Sesungguhnya aku tak menduga
Engkau insan
Yang tak boleh ku percaya

Rindu rinduan jadi kenang kenangan
Insan ku sayang kini milik orang
Kasih dan sayang jadi benci dan dendam
Dimanakah setia mu
Dimanakah rindu mu

Aku kau panggil sayang
Dia kau panggil sayang
Mana satu mahu mu

Kau berikan ku rindu
Kau berikannya cinta
Oh.. ku tak tahu

Tergamaknya diri mu
Meracuni jiwa ku
Dalam senyuman
Selamat tinggal sayang
Aku mengundurkan diri

Aku kau panggil sayang
Dia kau panggil sayang
Mana satu mahu mu

Kau berikan ku rindu
Kau berikannya cinta
Oh.. ku tak tahu

Tergamaknya diri mu
Meracuni jiwaku
Dalam senyuman
Selamat tinggal sayang
Aku mengundurkan diri

Jangan menjadi seperti aku, sering mengalah sebelum berjuang.. Kerana aku merasa diri ini serba kekurangan berbanding dengan orang lain. Bila keyakinan diri goyah maka kegagalan akan menjadi teman kita yang paling setia. Ayuh berjuanglah dan menangilah cinta mu. Bak kata pujangga… Biar putih tulang jangan putih mata..

Kategori: Lagu Cinta
Tagged: , , ,

Bila aku cinta…

Disember 10, 2007 · Tinggalkan Komen

love7.jpg 

Bila dia kata aku suka kamu, aku juga kata ya aku suka kamu juga tetapi sebagai sahabat. Beri masa tali persahabatan ini terjalin.

Bila dia kata aku rindu kamu, aku kata rindu perlu antara sahabat kerana rindu akan memastikan kamu sentiasa ingat pada aku.

Bila dia kata aku sayang kamu, aku kata sepertimana aku menyayangi persahabatan kita perasaan sayang itu memang akan sentiasa kita rasai di kalangan sahabat-sahabat sejati.

Bila dia kata aku cinta kamu, aku kata cinta itu terlalu meluas maksudnya. Selamilah dahulu makna cinta yang sebenarnya sebelum kita bercakap lebih lanjut lagi akan perkataan ini.

Kemudian dia tidak pernah mengatakan apa-apa lagi pada aku. Dia masih sering aku temui, masih menjadi sahabat aku yang paling sejati, masih lagi berseri wajahnya dengan senyuman dan tawa. Tetapi pada suatu hari dia hulurkan sepucuk nota kepada aku dan berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Sehingga kini aku tidak pernah melihatnya lagi.

“Aku tahu kau mencintai aku tetapi kenapa kau tidak buktikannya dengan mendekati aku lebih mesra lagi? Kenapa semakin kau mencintai aku semakin kau menjauhkan diri daripada aku? Desy mencintai aku dan setiap masa yang ada dia pasti akan cuba mendekati aku, cuba untuk bersama dengan aku di mana saja aku berada. Tapi kau, semakin aku cuba mendekati diri mu semakin jauh kau tinggalkan aku. Kenapa? Aku sudah letih dari terus cuba untuk mengenali dan memahami dirimu. Mungkin memang kau ditakdirkan bukan untuk aku…”

Begitulah kata-kata akhir dari dia dan aku telah kehilangan sesuatu yang begitu aku inginkan sebenarnya. Aku sendiri tidak memahami kenapa aku bertindak sedemikian tapi apa yang aku tahu bila aku menjauh maksudnya aku cinta…

Kategori: Cerita Cinta
Tagged:

Aku Cinta Kamu / I Love You

Disember 1, 2007 · Tinggalkan Komen

love8.jpg 

Aku cinta kamuI love you… Tiga patah perkataan sahaja tapi sekiranya diucapkan kepada seseorang kesannya sangat mendalam. Perkataan ini akan membuatkan seseorang itu tergamam, mencebik atau tersenyum bergantung kepada situasi orang tersebut. Jika dia memang sedang menanti ungkapan ini dia akan tersenyum. Jika dia cinta tapi tidak pernah terfikir untuk mendengar ungkapan ini dia akan tergamam. Jika dia benci dan meluat dengan kita dia akan mencebik.

Ada yang suka dan sering mengucapkan ungkapan ini. Seolah-olah ungkapan ini seperti hanya rutin harian baginya. Ada yang terlalu sukar mengucapkannya, terkelu lidah seolah-olah diletakkan gam apabila cuba mengucapkannya. Bagi mereka ungkapan ini terlalu mahal harganya. Dan apabila mereka mengucapkannya mereka akan komited pada maksud ungkapan ini.

Ada juga yang hanya suka mendengar ungkapan ini daripada kekasih tapi tidak pernah mencuba untuk mengatakan “Aku juga mencintai mu” atau “I love you too” kerana bagi mereka senyuman itu sahaja sudah cukup sebagai jawapan. Janganlah begitu…setiap insan di dunia ini pasti mengharapkan balasan pada ucapan cinta mereka. Senyuman walaupun biasanya menandakan persetujuan tapi juga boleh menyembunyikan seribu satu makna. Maka ucapkanlah cinta sekiranya kita memang cinta. Jangan tangguh lagi kerana kita tidak tahu masih adakah esok untuk kita.

Kategori: Cinta
Tagged: ,