Entries from Oktober 2007

Cerita cinta Zie dan Joe (Part 1)
Pertama kali Zie terpandang Joe di atas bukit tepi hutan tempat budak-budak sekolah menunggu bas ketika balik sekolah hari itu. Hitam manis kulitnya, manis wajahnya, tegap badannya persis Awie Wings. Hati Zie terpaut. Akan aku miliki jejaka ini bisik hatinya kecilnya. Terasa bibit-bibit cinta mula tumbuh di lubuk hatinya yang paling dalam. Ah…hati begitu mudah engkau jatuh cinta.
Lalu sepucuk warkah cinta sampai ke tangan Joe pada keesokkan harinya. Disampaikan oleh Casey sepupu Zie yang kebetulan satu kelas dengan Joe. Bekerut dahi Joe membaca bait-bait cinta dari seorang gadis yang tidak pernah dikenali bahkan namanya pun asing sekali pada diri Joe.
Casey menunjukkan kepada Joe siapa itu Zie, pelajar Tingkatan 1 Belian yang kelasnya terletak ditepi bangunan bertentangan dengan bangunan kelas mereka. Kebetulan ketika itu Zie sedang merenung Joe di beranda bangunan sementara menunggu lonceng pagi berbunyi. Joe tersenyum. Tergugup Zie dan merona pipinya. Lalu cepat-cepat dia masuk ke kelas bersamaan dengan berbunyinya lonceng menandakan kelas pertama akan bermula.
Kategori: Cerita Cinta
Tagged: Cerita_cinta1, Zie-Joe

Di kala hujan renyai sedang melabuhkan titisan-titisannya di langit maka akan kelihatanlah jambatan pelangi nan indah dengan 7 warnanya yang memukau merentasi alam maya tanpa permulaan dan penghujungnya. Cinta yang suci dan indah hanya akan terhasil bila dua insan yang saling memahami, saling menyayangi dan saling memerlukan bersatu dan berkerjasama membentuk cinta. Persis pelangi nan indah yang terhasil daripada gabungan titisan gerimis dan cahaya matahari. Tanpa keduanya tidak akan muncullah jambatan pelangi dengan 7 warna indahnya di langit.
Kategori: Madah-madah Cinta
Tagged: Love_Rainbow, madah cinta, Pelangi_Cinta

Pengertian cinta bagi setiap insan pasti berbeza. Tiada yang akan sama 100% walaupun untuk kembar seiras. Cinta…. betapa indahnya perkataan ini. Cinta boleh membuatkan kita gila… Gila dari segi negatif dan gila dari segi postif. Anda tertanya-tanya wujudkah gila positif? Bukankah semua gila itu gila negatif? Gila yang membinasakan?Tapi kenyataannya gila positif itu wujud… Raja yang membina Taj Mahal untuk kekasihnya itu dikategorikan orang gila negatif… gila cinta sehingga sanggup membunuh arkitek dan pekerja yang membina Taj Mahal demi untuk memastikan senibina Taj Mahal tidak ditiru. Di zamannya dia gila negatif kerana sanggup membunuh tetapi kini kerana kegilaannya India mempunyai salah satu keajaiban dunia.
Cinta ada banyak kategori. Tapi kita biasanya cenderung membicarakan tentang cinta antara kekasih. Suami isteri pun masih kekasih, berkasih diatas asas yang sah. Adakah cinta yang lain tidak penting? Tidak… bukan begitu tapi ya..cinta antara kekasih adalah cinta di ranking teratas di dunia ini. Remaja, dewasa dan orang berumur malah kanak-kanak semuanya tahu tentang cinta yang satu ini. Definisi cinta ini sebenarnya tidak dapat ditulis dengan kata-kata. Tidak ada definisi yang tepat rasanya untuk menjelaskan apakah itu CINTA. Perasaan yang tersimpan jauh di lubuk sanubari kita itu adalah CINTA yang kita sendiri gagal untuk mendefiniskannya. Tapi kita tahu bila perasaan itu timbul kita merasakan cinta.
Kategori: Madah-madah Cinta
Tagged: Cinta, Definisi Cinta